web 2.0

Rabu, 20 Februari 2008

SEJARAH KAMPUNG JERANGAU



ASAL-USUL KAMPUNG :

Menurut sejarah dan cerita, Kampung Jerangau telah diteroka dan mula dibuka pada tahun 1915 oleh Allahyarham Abu Bakar Bin Hassan.

Pada satu hari, beliau telah mudik menyusuri Sungai Dungun. Tujuannya adalah untuk mencari
satu tempat untuk bercucuk-tanam.

Sesampainya di sebuah anak sungai yang dikenali sebagai Sungai Jerangau, beliau berhenti dan berehat di satu kawasan yangmana terdapat banyak ‘ POKOK JERINGA ’.

Sambil berehat, beliau telah memerhatikan keadaan sekeliling di tempat tersebut. Setelah difikirkan tempat itu sesuai untuk bercucuk tanam, maka dia pun mengambil keputusan untuk membuka kawasan tersebut.

Hari demi hari, tempat itu telah didatangi dan diteroka sama oleh kawan-kawan beliau sehingga tempat tersebut telah dijadikan kawasan perkampungan dan dikenali sebagai KAMPUNG JERANGAU sehingga kini.

CATATAN:

Jerangau



Nama Tempatan : Jerangau
Nama Saintifik : Acorus Calamus
Nama Lain : Jeringau, jeringu, calamus, sweet flag, citatrai,Butch
Famili : Acoraceae / Araceae
Lokasi dijumpai: Tumbuhan liar
Asal : Tumbuhan tempatan
keterangan :

Jerangau mudah dijumpai dikawasan yang berpaya terutamanya di tepi sungai.Ia merupakan tumbuhan separa berair. Ia mempunyai rizom yang berbau wangi. Rizomnya berbentuk silinder dan diameternya antara 19 hingga 25mm.kulit rizom berwarna coklat muda dengan warna putih didalamya. Bahagian dalamnya berbentuk seperti span.Daunnya tebal dan keras berbentuk seperti pedang. Apabila daunnya dikoyakkan akan terhasil satu bau yang wangi.Jerangau menghasilkan bunga berwarna kunig kecil yang akan keluar dari ketiak daunnya. Tumbuhan ini jarang mengeluar biji benih dan pembiakan utamanya ialah melalui pecahan rizom.
kegunaan:

Minyak jerangau digunakan untuk mengubati sakit perut yang disebabkan oleh gastrik. Ia juga digunakan dalam industri pembuatan minyak wangi. Jerangau juga digunakan dalam ramuan yang digunakan oleh wanita selepas bersali bersama cekur.Ia memunyai ciri-ciri anti oksidan.

Tiada ulasan: