web 2.0

Rabu, 20 Februari 2008

MAKLUMAT ASAS

MAKLUMAT ASAS :


A. Nama Kampung : Kampung Jerangau

B. Daerah : Dungun

C. Negeri : Terengganu

D. Parlimen : Dungun (P 039)

E. DUN : Bukit Besi (N 025)

F. No. Peti Undi : N 25

G. Nama JKK : Jawatankuasa Kemajuan Dan Keselamatan Kampung Jerangau.

H. Nama GDW : Gerakan Daya Wawasan Kampung Jerangau.

I. Bil Kampung Rangkaian
  1. Kampung Tanjung
  2. Kampung Nerang
  3. Kampung PanchoR
  4. Kampung Kubang Palas
  5. Kampung Chermin Kiri
  6. Kampung Tok Majid
  7. Kampung Tok Kukor
  8. Kampung Telebuh
  9. Kampung Chermin Kanan

J. Agensi Kerajaan Yang Terlibat Secara Langsung : Pejabat Daerah Dan Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah.


LOKASI KAMPUNG

LOKASI KAMPUNG



SUSUN ATUR KAMPUNG


VISI DAN MISI KAMPUNG

VISI KAMPUNG :

Menjadikan seluruh warga kampung berjaya dalam semua lapangan baik di dunia mahupun di akhirat.

MISI KAMPUNG :

Mewujudkan sebuah masyarakat yang mempunyai kenyakinan diri dengan ikatan murni dan etika yang tinggi serta berpegang teguh kepada ajaran agama.

Mewujudkan sebuah masyarakat yang bersatu padu, berkerjasama dan kuat ketahanannya.

Mewujudkan sebuah masyarakat yang bermaklumat, celik dan peka kepada isu-isu semasa dan terkini.

Menjadikan masyarakat kampung maju, berjaya serta teguh ekonomi dalam kehidupan berkeluarga.

Memberikan kemudahan kepada masyarakat dalam penggunaan peralatan teknologi maklumat dan IT.

LOGO KAMPUNG


MAKSUD LOGO :

Penduduk Kampung Jerangau berada di bawah pengendalian JKKK / GDW dalam Negeri Terengganu.

Empat (4) bulatan di tengah menunjukkan aktiviti-aktiviti penduduk Kampung Jerangau.

Sembilan (9) buah buku menunjukkan kampung rangkaian dalam Kampung Jerangau, yang berusaha menuju kecemerlangan dalam pendidikan dan berwawasan

Warna BIRU bermakna penduduk yang bersatu padu.

Warna KUNING menunjukkan penduduk Kampung Jerangau taat kepada raja yang memerintah negeri.

Warna MERAH pula menunjukkan penduduk sentiasa cekal dan berani dalam menghadapi segala cabaran.

Warna PUTIH melahirkan sikap murni penduduk kampung

SEJARAH KAMPUNG JERANGAU



ASAL-USUL KAMPUNG :

Menurut sejarah dan cerita, Kampung Jerangau telah diteroka dan mula dibuka pada tahun 1915 oleh Allahyarham Abu Bakar Bin Hassan.

Pada satu hari, beliau telah mudik menyusuri Sungai Dungun. Tujuannya adalah untuk mencari
satu tempat untuk bercucuk-tanam.

Sesampainya di sebuah anak sungai yang dikenali sebagai Sungai Jerangau, beliau berhenti dan berehat di satu kawasan yangmana terdapat banyak ‘ POKOK JERINGA ’.

Sambil berehat, beliau telah memerhatikan keadaan sekeliling di tempat tersebut. Setelah difikirkan tempat itu sesuai untuk bercucuk tanam, maka dia pun mengambil keputusan untuk membuka kawasan tersebut.

Hari demi hari, tempat itu telah didatangi dan diteroka sama oleh kawan-kawan beliau sehingga tempat tersebut telah dijadikan kawasan perkampungan dan dikenali sebagai KAMPUNG JERANGAU sehingga kini.

CATATAN:

Jerangau



Nama Tempatan : Jerangau
Nama Saintifik : Acorus Calamus
Nama Lain : Jeringau, jeringu, calamus, sweet flag, citatrai,Butch
Famili : Acoraceae / Araceae
Lokasi dijumpai: Tumbuhan liar
Asal : Tumbuhan tempatan
keterangan :

Jerangau mudah dijumpai dikawasan yang berpaya terutamanya di tepi sungai.Ia merupakan tumbuhan separa berair. Ia mempunyai rizom yang berbau wangi. Rizomnya berbentuk silinder dan diameternya antara 19 hingga 25mm.kulit rizom berwarna coklat muda dengan warna putih didalamya. Bahagian dalamnya berbentuk seperti span.Daunnya tebal dan keras berbentuk seperti pedang. Apabila daunnya dikoyakkan akan terhasil satu bau yang wangi.Jerangau menghasilkan bunga berwarna kunig kecil yang akan keluar dari ketiak daunnya. Tumbuhan ini jarang mengeluar biji benih dan pembiakan utamanya ialah melalui pecahan rizom.
kegunaan:

Minyak jerangau digunakan untuk mengubati sakit perut yang disebabkan oleh gastrik. Ia juga digunakan dalam industri pembuatan minyak wangi. Jerangau juga digunakan dalam ramuan yang digunakan oleh wanita selepas bersali bersama cekur.Ia memunyai ciri-ciri anti oksidan.